SAMBUTAN JUBLI PERAK 25 TAHUN MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AL-ISLAH
20 Disember 2025 bersamaan 29 Jamadil Akhir 1447 H (Sabtu) – Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah atas Sambutan Majlis Jubli Perak Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Islah dan Peluncuran Program Medical Tahfiz di Hotel Mardiyyah & Suites. Sambutan ini di rasmikan oleh YAD Tan Sri Mazlan Mansor, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang mewakili YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Bin Saidin, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Selain daripada itu, Majlis turut dihadiri oleh Dato’ Noor Azmi Bin Jaafar, Dato’ Wan Mohamad Bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Haji Noor Hisham Abdullah, Dato’ Seri Hj Mohamed Rafik Bin Hj Mohd Idris dan lain-lain. Sambutan ini juga bertujuan meraikan dan merapatkan hubungan silaturrahim diantara Mantan AJK MTQI, Alumni, PIBG, Ahli Kariah Surau Al-Islah dan pemegang taruh. Selain itu, sambutan ini juga turut mendapat liputan media dari beberapa media tempatan. Semoga dengan usaha kecil ini, dapat menaikkan nama MTQI di persada dunia mengikut perkembangan zaman.
