TAKLIMAT SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2026
Ahad 18 Januari 2026 bersamaan 28 Rejab 1447H – Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, usai taklimat sesi 2026 yang telah diadakan kepada pelajar lama dan baharu bertempat di Dewan Surau Al-Islah, Seksyen 7, Shah Alam. Dalam majlis taklimat ini, Dr Ghafarullahhuddin Hj. Din,Timbalan Pengerusi Operasi MTQI telah menyampaikan beberapa perkongsian berupa nasihat dan pesanan kepada pelajar dan ibu bapa. Selain daripada itu, empat (4) AJK PIBG baharu juga telah dilantik untuk bersama-sama membantu memperkasa Maahad melalui percambahan idea dan pandangan dalam konteks yang lebih pelbagai. Semoga dengan adanya program seperti ini, dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara Pihak MTQI dan ibu bapa.
