Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Islah (MTQI) yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam telah beroperasi sejak tahun 1999 dan berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Sepanjang 25 tahun beroperasi, MTQI telah memainkan peranan penting dalam mendidik generasi huffaz dengan menawarkan sistem pendidikan yang seimbang antara hafazan Al-Quran, pengajian diniyyah, dan akademik.