Skip to main content

Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Islah (MTQI) bergerak dengan berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berusaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

MTQI bergerak selari dengan falsafah pendidikan jabatan agama negeri seperti JAIS yang berusaha secara berterusan ke arah membina potensi individu berilmu, beriman, beramal, berakhlak mulia dan berketerampilan secara seimbang dan sepadu berlandaskan Wahyu Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan Sunnah Rasulullah sallallahu alayhi wa sallam bagi melahirkan masyarakat muslim yang bertaqwa, maju, mampu bersaing untuk mendapat kesejahteraan di dunia dan kebahagiaan di akhirat.

Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Islah (MTQI) ditubuhkan di bawah kelolaan Surau Al-Islah sejak tahun 1999. Sehingga kini, MTQI telah beroperasi lebih 20 tahun dan berjaya melahirkan golongan Huffaz yang menyambung pengajian di pelbagai pusat pengajian tinggi dalam dan luar negara. MTQI bergerak dengan moto, falsafah dan visi yang tersendiri seperti berikut :

Beriman, Berilmu dan Beramal.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pendidikan Islam menjadi teras ke arah membina potensi setiap individu agar mampu mencapai kecemerlangan keimanan (kebanggaan Allah SWT dan Rasulullah SAW) secara seimbang dan sepadu melalui rihlah ilmu serta penghayatan nilai-nilai Islami agar menjadi insan Tahfiz yang beriman, berilmu dan beramal.

Menjadikan MTQI sebuah Maahad unggul yang berteraska Ilmu keagamaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme ummah dalam semua bidang pengajian dan professional bertaraf kontemporari supaya tercetus insan tahfiz yang berdaya saing dan berakhlak mulia.

  • Memberi peluang kepada semua pelajar untuk mendapatkan ilmu dan pendidikan Al-Qur’an melalui keberadaan cawangan MTQI serta jaringan bersama institusi tahfiz di seluruh negara.
  • Memberi peluang kepada keluarga/ibu bapa yang berpendapatan rendah bagi memberi didikan Al-Qur’an kepada anak-anak.
  • Menguruskan hasrat dermawan penyumbang tunai dan hartanah sebagai amal dunia untuk dibawa ke Kampung Akhirat serta mengalu-alukan sumbangan berterusan pelbagai individu / alumni dan badan -badan korporat.
  • Merealisasikan kempen 1 Rumah 1 Hafiz untuk melahirkan Huffaz
    yang seimbang.

Prof. Dr. Hj. Muhamad Rahimi Osman

Pengerusi MTQI

”Memperkasakan aliran tahfiz dalam arus pendidikan arus perdana.”

“Moga menjadi landskap holistik mewarnai pendidikan dalam era serba mencabar buat generasi baharu.”

Dr. Hj. Ghafarullahhuddin Hj. Din

Timbalan Pengerusi Operasi

“Pembangunan MTQI merupakan satu contoh yang hidup pengrealisasian kolektif murni warga kariah bermula dengan bumbung surau berkembang kepada institusi maahad dan organisasi Yayasan Al-Islah sebagai satu inisiatif yang bermula dengan pengislahan diri di surau melimpah ke pengislahan ummah keseluruhannya melalui wadah pendidikan holistik.”

Dr. Hj. Sabri Embi

Timbalan Pengerusi Kewangan

”MTQI berusaha untuk menggembleng segala inisiatif bagi memastikan kemampanan kewangan mtqi sentiasa optimum serta peka dengan gelombang risiko kewangan
semasa.”

"MTQI komited untuk membantu golongan asnaf dan tidak berkemampuan demi melestari pendidikan yang komprehensif dan holistik supaya pendidikan boleh diberikan sebaiknya kepada golongan sasar.”

Sheikh Ehab Abdurrasheed Suliman Muhammed

Ketua Pengajian Bahasa Arab

Hj. Mohamad Nasir Talib

Koordinator Bahasa Arab

Hjh. Ainal Khairi Abd Ghani

Koordinator Akademik

Muhammad ‘Umair Ghafarullahhuddin

Pegawai Tadbir 1

Diploma Tahfiz Al-Quran Al-Qiraat (UIS)

Ijazah Sarjana Muda Al-Quran As-Sunnah (UKM)

Wan Muhamad Basyir Wan Yusof

Pegawai Tadbir 2

Tamat Hafazan di Maahad Tahfiz Darul Naim

STAM - Kolej Yayasan Islam Kelantan

Asasi - Madinah International University

Sijil Professional Haji Umrah

Muhammad Nazmi Aiman Noor Azlin

Pegawai Teknikal Maahad Al-Islah

Diploma Sains Komputer dan Matematik, UiTM

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dan Matematik (Kepujian) Pengkomputeran Multimedia, UiTM

Nasirah Ghafarullahhuddin

Guru Akademik Menengah

Diploma Teknologi Makmal (UiTM)

Sarjana Muda Teknologi Makmal Perubatan (UiTM)

Sarjana Sains BioPerubatan (USM)

Kursus Asuhan & Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Zuraini Ilias

Guru Akademik Menengah

Sarjana Muda Sains (Kepujian) UiTM

Sarjana Pendidikan Sains (UPSI)

Diploma Lepasan Ijazah Pendidikan (Kimia & Sains) OUM

Muhammad Zaid Zainuddin

Guru Al-Quran (Banin)

Tamat Hafazan Di Madrasah Hidayatul Mutaqqin

Syahadah di Pondok Al-Fatah, Temboro

Alim di Pondok Al-Fatah, Temboro

Nur Insyirah Muhamad Ajib

Guru Al-Quran (Banat)

Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum, Hulu Langat

Nur Alia Maisarah Ahmad Khairul Nizam

Pembantu Guru Al-Quran (Banat)

Khatam Bersyahadah MTQI Shah Alam

Viana Herman

Guru Akademik Rendah

SMA Adabiah, Padang (Akademik)

Darul Ulum Ar Rahimiyyah, Lorong Alif, Jitra Kedah (Al-Quran)

Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum (Kitab)