Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Islah (MTQI) bergerak dengan berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berusaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
MTQI bergerak selari dengan falsafah pendidikan jabatan agama negeri seperti JAIS yang berusaha secara berterusan ke arah membina potensi individu berilmu, beriman, beramal, berakhlak mulia dan berketerampilan secara seimbang dan sepadu berlandaskan Wahyu Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan Sunnah Rasulullah sallallahu alayhi wa sallam bagi melahirkan masyarakat muslim yang bertaqwa, maju, mampu bersaing untuk mendapat kesejahteraan di dunia dan kebahagiaan di akhirat.